Wednesday, November 29, 2006

EMMM...SEDAPNYE!!!

Entry kali ni bukan psl my mini birthday party..Tapi lebih menarik..It's about Nasi Kerabu.Salah satu makanan yang paling gua suka.Sedap ni..Kenapa tiba-tiba gua buat entry pasal nasi kerabu?

Tadi tgh baca New Straits Time yg dibeli semalam (Selasa, 28 November 2006).Kat ruangan Travel page 7,ada tulis pasal Nasi Kerabu kat satu gerai di Terengganu.Nampak sgt la sedapnye...Owned by a very young man,Abdul Hafiz.Umur baru 22.

Ada 2 jenis nasi kerabu Nasi Kerabu Biru dan Nasi Kerabu Putih.Dimakan pulak dgn Ayam atau Daging panggang..(meleleh dah air liur ni..hehehe)..Harga sgt la berpatutan..

1.Nasi Kerabu Ayam-RM2
2.Nasi Kerabu Daging-RM2
3.Nasi Kerabu Ayam+Daging-RM3


Bagi yang ada kat semenanjung..luangkan masa mengunjungi gerai Nasi Kerabu ni..Try la..n bgtau gua mcm mana..(meleleh lagi air liur ni..)..Here's the address:

No. 6,Taman Telipot,
Kampung Gong Badak
Kuala Terengganu.
Tel:09-6699650 or 014-8093887


Atau lagi senang (ni gua ambik dr artikel)

Getting there:
From Kuala Terengganu, take the costal road to Penarik. This route will take you through many villages like Seberang Takir, Gong Badak, Gong Datuk, Batu Rakit dan Merang. The journey takes approximately 20 minutes.
After Gong Badak, look out for a signboard indicating Kampung Gong Datuk (on your right). The nasi kerabu stall is located near the signboard. The stall has no name, so look for the stall with the biggest crowd.


Gerai ni dibuka setiap hari dari 6.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Sekian..(sambil menarik air liur yg semakin jatuh..)hahaha..

Monday, November 27, 2006

Komen Sial

Ada la komen2 sial kat my entry 'Afro Dan Tapai' kat bawah tu.Siapa ntah.Komen yg berbaur perkauman..Yang hina n kutuk org Melayu.Tak pasal2.Gua tak delete sbb nak bg others tgk.Benci betul.Apasal la dia tak buat press conference ke..live telecast ke.Ni tak..buat kat blog org.Dah la pakai nama samaran.Kalau berani sgt,bagi la nama betul.Tunjukkan identiti.Ni tak..mcm bodoh je.Eh..mmg bodoh pun.Oi sial!!!Buat live telecast la!!!Tgk la kartun Pinky n The Brain..Ada manual mcm mana nak buat live telecast kat stesyen TV secara sembunyi2...Sbb kalau ngko mintak kebenaran,takde stesen nak layan!!



p/s:I had a mini birthday party last Saturday nite..organized by a fren.Next entry I letak cerita bergambar..hehe..

Saturday, November 25, 2006

Hik...

25 November 2006



HAPPY 28th BIRTHDAY TO....
























ME!!!!!!!!!!!!!

Hik..

Thursday, November 23, 2006

Afro dan Tapai

I found a very..very..very..interesting blog called afrodantapai.Best...

Wednesday, November 15, 2006

: (

Lagi tentang kes kematian/pembunuhan Allahyarham Syakir..
Lagi sekali gua menangis...
Semalam teringatkan Syakir...
Semalam juga gua terbayang2 kejadian yang berlaku..Tak dpt digambarkan betapa kejamnya ibu Syakir..Apa salah Syakir?

MUM ON TRIAL FOR TODDLER’S DEATH - Teen tells all after a dream -by SUSHMA VEERA -

A DREAM of his mother telling him to speak the truth prompted a teenager to spill the beans on his stepmother.

The half-brother of abuse victim Syakir Abd Aziz had dreamt of his late mother while being detained in the police lock-up in Ampang Jaya.

The teenager’s mother died when he was seven. His father then married Salina Abdul Shukor, who is charged with murdering Syakir.

He said: “I was detained for 14 days. In the first three days, my stepmother visited me and reminded me of my promise not to implicate her in the case. The same night, I dreamt of my own mother".

When asked by DPP Salim Soib about his feelings after being detained, the witness said he was sad.

“I was sad because I did not do anything wrong but was detained.”

He said the following morning, he spilt the beans to the investigating officer.


“I told the officer what had actually happened on April 4, 2004. I told him everything,” he said.

The teenager was released three days later and was sent to a skills development centre in Serendah where he learnt welding.

“The investigating officer told me that I could not return as my house had been torn down.”

After two months, he was sent to a boys’ school in Malacca where he remained for two years.

The teenager was testifying in the trial of Salina who is charged with murdering her three-year-old son Syakir.

She was alleged to have committed the offence between 5.30pm on April 4 and 5pm on April 7, 2004, at their home in Kampung Pinggir, Lembah Jaya Selatan in Ampang Jaya.

The teenager said his mother was very fierce and hot tempered.

The court was also told that the young victim was afraid of his mother who would hit him each time he defecated.

“Instead, Syakir will tell me if I was there. He would say ‘Long, yak-yak’. If he vomits, he would keep it in his mouth as he was scared of mother.“Syakir would only spit it out when she went away,” he said, adding that he would then clean up Syakir.

The teenager also said that in April 2004, Syakir was limping because his legs were broken.

“How do you know that his legs were broken?” asked Salim.

“Because mother hit Syakir’s legs. I’ve seen mother hitting him in the leg. It was sometime before April 4,” he answered.He also said he had never asked Syakir about it and that he (Syakir) would cry if the teenager touched his legs.

Another witness, Nor Afifah Bahran, 20, said she had followed her friend, who was also Syakir’s adopted sister, to visit him on April 7.

She said: “My friend told me that Syakir was sick and she wanted to take him to the clinic. However, when we arrived at the house, Salina refused to let us in.“When my friend tried to bring Syakir out of the house, Salina blocked the door with her hands. She said to just leave him to die to make her life easier.”

Salina was represented by Hazlan Abd Hamid and Iszam Kamal Ismail.Trial before judge Datuk Zaharah Ibrahim continues today.

Sumber:Malay Mail

Semoga ibu Syakir menerima hukuman seberat2nya..

Tuesday, November 14, 2006

: (

Tak pernah aku menangis bila baca suratkhabar..Tapi hari ni,aku betul2 tak dpt menahan airmata..Aku nangis sampai mata bengkak...Berita pasal kes pembunuhan ini benar2 menyayat hati...

Rayu anak tiri mengaku
Oleh Meor Riduwan Ahmad

SHAH ALAM: Seorang suri rumah yang dituduh membunuh anak kandungnya sanggup melutut dan merayu sambil berpura-pura menangis di hadapan anak tirinya untuk memujuknya mengaku bertanggungjawab terhadap kematian adiknya (mangsa).

Anak tiri tertuduh yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, disebabkan kasihan dan tidak tahan melihat ibu tirinya menangis dan merayu, dia bersetuju mengaku membunuh adik yang berlainan ibu itu biarpun dia tidak bersalah.

Saksi pendakwaan keempat (SP4) itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Menurut saksi itu, ibu tirinya, Salina Abdul Shukor, memujuknya di rumah ketika bapanya tiada dengan memberi jaminan akan cuba melepaskannya andai dimasukkan ke pusat kebajikan.

“Emak cakap, ‘Long (nama panggilan), kau tolong mak dan mengaku bunuh adik kerana engkau bawah umur tak kena gantung,” katanya.

Saksi itu berkata, biarpun melihat ibu tirinya menendang dan memukul adiknya sehingga mangsa mengerang kesakitan dan muntah tidak berhenti-henti selain lebam di badan, dia tidak menceritakannya kepada bapanya, Abdul Aziz Abdul Rahman kerana takut kepada tertuduh.

Salina, 27, dituduh membunuh anaknya, Syakir Abd Aziz, 3, di rumah mereka di Kampung Pinggir, Lembah Jaya Selatan, Ampang Jaya, antara jam 5.30 petang pada 4 April 2004 hingga 5 petang 7 April 2004.Dia diwakili peguam Hazlan Abd Hamid dan Iszam Kamal Ismail.

Selain tiga adik sebapa, saksi itu mempunyai tiga adik lain hasil perkahwinan bapanya dengan ibu kandungnya yang sudah meninggal dunia.

SALIM: Boleh beritahu apa berlaku pada 4 April 2004, jam 5.30 petang?

SP4: Saya dan adik (saudara sebapa tetapi berlainan ibu) yang sulung bermain sambil buat kereta mainan di tepi rumah. Ketika itu saya dengar emak pukul adik Syakir. Saya dengar dia diangkat dan dibaling ke dinding rumah yang dibuat daripada kayu. Kemudian, saya masuk ke rumah dan tengok emak tendang adik Syakir di perut. Ketika itu emak dalam keadaan marah.

SALIM: Bagaimana keadaan adik kamu?

SP4: Terbaring melintang kerana sakit ditendang. Mula-mula dia menangis tapi selepas itu senyap. Saya tahu emak marah, sebab itu dia pukul adik Syakir depan saya dalam keadaan berdiri. Saya tak ingat berapa kali dia tendang tapi banyak kali. Saya juga tidak pasti sekuat mana emak tendang tapi dari muka dia nampak sekuat hati.

SALIM: Apa yang jadi pada adik Syakir?

SP4: Dia terus senyap.

SALIM: Apa kamu buat?

SP4: Saya tutup pintu. Emak baling adik Syakir pada saya sambil kata: ‘Kau basuh berak anak sial ni’. Emak baling kena tangan dan saya cuba sambut tapi tak berjaya menyebabkan adik terjatuh. Saya tidak jawab apa-apa dan terus angkat adik bawa ke bilik air di sebelah rumah. Selepas basuh berak adik Syakir, saya masuk semula ke rumah.

SALIM: Masa bawa adik Syakir untuk basuh berak, adakah dia menangis?

SP4: Adik Syakir jarang menangis tapi masa dibawa ke bilik air, dia mengerang sakit. Saya tak tanya dia sakit di mana, tapi nampak tangannya pegang perut. Selesai basuh berak adik, saya bawa masuk semula dan pakaikan baju serta letak dia atas sofa. Saya lihat keadaan dia okey saja dan sambung buat kereta mainan.

SALIM: Seterusnya?

SP4: Balik dari kedai saya beritahu ayah balik dan emak terus masuk ke rumah dan keluar semula lima minit kemudian. Emak tanya saya, ‘Along...apa pasal Syakir? Saya cakap ‘mana Along tahu’ dan tanya mengapa. Emak kata, ‘jom tengok Syakir yang berbaring atas sofa dan muntah’. Saya lap muntahnya dan dia terus muntah banyak kali dan tak berhenti. Ketika itu kira-kira jam 6.30 petang. Emak hanya tengok saja. Adik muntah dari hari itu (4 April 2004) hingga pagi 6 April 2004. Tiap kali muntah saya akan lap.

SALIM: Apa tindakan emak?

SP4: Tiada apa-apa. Emak juga tidak bawa adik Syakir ke klinik. Pada 6 April 2004 saya lari dari rumah sebab tidak tahan semua urusan adik Syakir saya kena buat. Ayah juga tidak tahu perkara itu kerana tidak diberitahu langsung.

Saksi itu berkata, kerana tak tahan disuruh menguruskan Syakir, dia melarikan diri ke rumah abang angkatnya dikenali ‘Abang Talib’ pada 6 April 2004 hingga 2 petang 7 April 2004.Katanya, ketika balik ke rumah pada 2 petang 7 April 2004 dengan membawa tiga bungkus nasi, dia dimarahi serta dimaki ibu tirinya kerana melarikan diri dan membiarkan Syakir.

“Saya lihat Syakir nazak dengan matanya berair dan badan biru. Emak suruh saya jaga adik di hospital. Saya cakap bukan salah saya mengapa kena bertanggungjawab,” katanya sambil memberitahu dia kemudian keluar memancing bersama seseorang dikenali Abang Mat di lombong Speed Boat.

Sementara itu, seorang saksi, Lans Koperal Norazlina Abdullah berkata ketika bertugas di bahagian pertanyaan Balai Polis Ampang, seorang lelaki bernama Abdul Aziz dan anak lelakinya datang membuat laporan kematian anak lelakinya berusia empat tahun dipercayai akibat ditendang dan dipukul dengan penyangkut baju oleh abangnya berusia 14 tahun.

Perbicaraan bersambung hari ini.

Sumber:Harian Metro

Kesian Syakir..Satu-persatu kejadian seolah2 berada di hadapan mata.Terbayang-bayang di mata wajah Syakir yg sedang mengerang ketika ditendang...Dpt dilihat Syakir terbaring di sofa,Syakir muntah,dan paling sedih bila melihat renungan mata Syakir yg berair..Terasa macam Syakir cuba menagih simpati dan meminta pertolongan.Tapi apakan daya,Syakir tak mampu bertahan lagi...dia 'kembali' kepada Allah jua..

Dan Syakir sudah pasti masuk Syurga...

Friday, November 10, 2006

Tourist or Terrorist?

Siapa ada menonton The Amazing Race:Asia semalam?Kalau ada yang tengok,siapa ada perasan dia punya sarikata?Ada sarikata2 yang macam sial..hehe..lawak giler beb..

Ada satu part ni masa pasangan dari Thailand (asal dr UK) on the way ke Stadium Shah Alam dan lalu satu tol. Masa kat situ, rasanya ada yg bunyikan hon..dan peserta Amazing Race ni kata "Tourist...tourist.."..dan diterjemahkan sebagai 'PENGGANAS'!!!! Tak ke sial namanye tu?Hahaha...Ade plak dia nak sebut "Terrorist'..Sebutan tak sama la..Dia sebut 'tourist' bukan mcm sesetengah org kita sebut 'tuo-ris' but dia sebut 'ter-ris'..Sebutan 'Terrorist' plak 'Tay-rer-ris'..Lain kan?Lagipun,takkan la dia nak kata pengganas plak...ish..ish..


Lost tourist...or terrorist??


Sorry..tourist..or alien??hehe..


Tourist or terrorist???

Satu lagi sarikata yg LAWAK bagi gua bila satu pasangan ni puji teman dia. Masa satu tugasan go-kart ni,yg lelaki ni puji la teman dia "Good girl" dan diterjemahkan sebagai "Gadis baik"..HAHAHAHAHAHA..........Ade ke patut..Bagi gua la..benda yg simple mcm ni,baik tak payah diterjemahkan.Bukan org tak tau pun.Budak2 umur setahun pun faham apa...hehe..

Good girl...hehe

Here's ,more...sila perhatikan betul2...apa yg kita dapat lihat?Hehehe..




Bukan semua ayat perlu diletakkan sarikata..kalau nak letak pun,biar la betul penggunaan berdasarkan konteks..bukan main hentam je..


Note:All pics by my wedding photographer. Thank you....next week ambik gik...hehe..


Thursday, November 09, 2006

Kenapa...

Terkejut dengan berita penahanan Abdul Razak Baginda..
Beliau merupakan salah seorang personaliti yg sangat sy kagumi selain Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Suhaimi Sulaiman. Sering melihat beliau 'naik' setiap kali ada krisis politik terutama yg melibatkan perperangan.Selalu kuar TV3 kat rancangan MHI..lebih2 lagi masa Amerika Syarikat menyerang Iraq.Tiap hari boleh nampak Abdul Razak ni.Oh ya...salah satu lagi sebab s berminat dgn personaliti ini adalah kerana nama beliau..Abdul Razak Baginda..menarik..
Tapi..apa dah jadi dgn beliau..Terlampau banyak menganalisis perang kot..hingga dia jadi tertekan dan jiwa serta fikiran dan akalnya bergolak...seperti negara2 bergolak jugak..
Kenapa ye...

Tuesday, November 07, 2006

Sharing is Caring...hehe..

Just want to share a good news..
Isnin 20 November 2006,gua akan menghadiri satu temuduga...Berdebar-debar la jugak...dah beberapa tahun tak pegi temuduga..Ada sesiapa boleh share tips tak?Wish me luck ye....
p/s:Lee..poskad awk sy dah terima semalam..Thanks..Cantik la poskad tu..Ingat nak ambik gambar n letak kat sini..tapi kamera rosak plak...

Thursday, November 02, 2006

Raya..

Hehe..lambat plak entri raya tahun ni..gambar baru di'upload' kat kita org punya fotopages..it's called 'Pengyou'..tapi tak dpt diakses kerana ada password yg hnya kami berempat sahaja tahu..hehe...Perlu ada password sbb my best kawan lelaki ni buatkan dialog gila dan meroyan kat gambar kita org..habis dieditnya..dan hnya dia je yg sempurna dan baik.. (kononnya)..hahaha..Ngegeh kau ya Chun..

Seperti biasa,the best of friends...

Warna baju sama lagik..bukan diplan,tetapi kebetulan ye...


Dengan our x-classmate n unimate,Farid Yeong Abdullah n wife Mastijah serta anak mereka, Naim.

Wednesday, November 01, 2006

Hapus Aku

Sebelum tu..sila jgn speku ye..I just love this song..takde kaitan dgn yg hidup atau mati..hehe..

Hapus Aku (Nidji)

Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengar hatiku
Buang semua puisi
Antara kita berdua

Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta

Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…
Sadarkan aku Tuhan

Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…

Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau hentikan
Dan kita kan bicara dengar jiwaku