Friday, September 30, 2005

SAYONARA

Helo semua..tadi gua masuk ofis lambat.Pukul 10 lbh.Ada hal sikit.Dlm kul 12 gua keluar psl nak jmpa budak2 Jepun ni.Dan anak2 angkat keluarga gua..Tu ada gambar dia org.Sedih gak tgk diaorg pegi..

Cuma ada satu je dia org tak puas hati.. Tadi my Czech boyfren(chewah..) kata dia n those Japanese bayar banyak untuk join program International Work Camp ni n willing to go/pay for anything..Walhal yg kita ni tak perlu byr apa2.Semua ditanggung utk buat kerja2 amal.Tp bila my boyfren bg proposal nak dtg sini blk n buat kerja2 sukarela dgn duit sendiri,org2 kita ni semua tak nak.Kata takde duit la,mahal la..my Czech boyfren ni pun sound la kat dia org..ketja2 sukarela ni kena rela..kalau dah semua nak kena tanggung,bukan sukarela tapi ditaja dan dimanja.I bgtau dia to bgtau the NGO yg organize benda ni semua.Emel ke,tulis surat ke utk bg cadangan jgn manjakan sgt sukarelawan.Tapi dia tetap nak dtg balik bulan Februari tahun depan n i might join him...hehe..sukarela ye..bukan kerana dia.

O.k la..gua takde apa nak tulis ari ni..tu je..bye..

Thursday, September 29, 2005

WUKONG DAN UNTONG









Pagi ni gua nak kongsi satu cerita yg berlaku semalam.Ni kisah benar.Psl adik gua.Umur dia 8 tahun dan baru je darjah dua.Semalam sekolah diaorang ada buat jualan buku dan dia mintak duit kat mak gua.Kena marah tu pasal dia mintak RM9 untuk beli buku dan lagi RM2 untuk belanja.Semuanya RM11.Mak gua bising jugak la pasal dia mintak byk sgt.Tapi bising2 pun dia bagi jugak..hehe..mak memang la baik..

Dia beli buku yang gambarnya ada kat atas tu.Buku Raja Monyet atau Wukong.Bila gua balik kerja semalam,gua borak ngn dia psl buku tu,berapa buah dia beli.Dia kata 4 buah.Tapi yg gua nampak 2 je.Mana lagi 2?Rupa-rupanya dia sewakan buku dia dgn kwn dgn RM1 sebuah.Semuanya dia sewakan 2 buah buku bermakna ada RM2.Gua tanya mana duitnya?Dia kata dah habis.Gua pun bising jugakla.Kenapa la dibelanjakan duit banyak sgt.Dah la mintak RM2 untuk belanja dan campur RM2 lagi duit sewa buku.Bermakna dia dh habiskn RM4 utk belanja.

Dia pun explain kat gua..lebih kurang mcm ni la dialog dia..

"Sy ada RM9.Harga buku tu RM3 sebuah dan sy beli 3 buah buku.Ada kwn nak pinjam sebuah.Sy kata byr seringgit kalau nak pinjam.Kwn sy bagi duit.Dgn seringgit tu sy tambahkan dgn duit belanja yg mak bagi iaitu RM2 dan beli lagi sebuah buku.Sy dah 4 buah buku.Tapi takde duit belanja.Ada sorang budak nak pinjam buku sebuah dan byr sy seringgit.Duit tu sy belanjakan buat beli makanan.Pasal tu la duit sy habis semuanya.."

Gua?Gua terus ketawa terbahak2..Bijak jugak adik gua ni.Kalau la gua...mmg gua tak terfikir nak pusingkan duit gua mcm tu.Makan lagi baik..hehe..
Gua mula nampak adik gua sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya,usahawan yang kaya raya..seorang JUTAWAN...Amin...

Gua yang terlampau..hehe..

Wednesday, September 28, 2005

SAJE...

Tetiba dpt idea ni time dah pasang high heel nak balik..

Lelaki: Lagi 15 minit saya sampai

Wanita: O.k Masuk je..

Siapa dpt teka situasi di atas?Dapat hadiah kalau betul..


SMILE U MADE ME...



Thanks to semua yang sudi membenarkan mata mereka menatap,membaca dan mengkomen blog gua yg serba kurang.Special thanks to bukan sepet la..siapa lagi..nanti gua gi KL gua belanja lu dan famili makan kat umah lu.Gua masak..hehe..
Tak sangka ada org tunggu rupanya blog ni siap..rasa mcm pengarah filem plak yg ditunggu filem terbaru arahannya.Ada gak rasa mcm penyanyi yg ditunggu kelahiran albumnya..haha..Gua mmg suka perasan..org sarawak kata "NGEGEH".Oh ya..to msmayonaise.."Paduhal kitak org sitok juak..Sine diam? Boleh kuar sama tok.."
Pagi ni gua lambat online.So buat masa ni tak byk cite la..nanti ptg gua masuk blk..

Tuesday, September 27, 2005



ADDICTED!!!

Pak Lah: " Ha ni ler Afdlin Shauki tu ya.."
Afdlin: " Saya Datuk"
Pak Lah: "Awat boroi sangat?"
Afdlin: " Ni.. character saya utk filem baik punya cilok datuk.."
Pak Lah: " Tak nak ambik saya berlakun dalam filem awak?"
Afdlin: " Datuk tak nak ambik saya dalam kabinet? Kalau datuk setuju, kita close deal.. Saya ganti Rais Yatim, Datuk leh berlakun filem saya"
Pak Lah: " Tak nak. Saya teringin nak jadi watak along bukit beruntung"
Afdlin: "Saya lak teringin Nak jadi samy vellu"
Ahmad Nispu: "Woiii setan!!! apa kau bikin dialog sendiri ya.. aku director ahmad nispu!"
Uncle Aziz: " Cheh walaupun rupamu tidak ku kenal.. tatapi lubang hidungmu tetap menjadi pooojaaan hatiku... ehh mana pegi si afdlin shauki ni daaa... brapa taun mau hantar bini daaa.. brapa ramai bini dia ada daaaa..."

Best tak skrip ni?The script yang buat aku terdetik untuk menjenguk siapakah gerangan tuan punya blog dan apakah yg terpendam di blog tersebut..
WOW!!!the first word yg keluar dpd otak aku yg masa tu tgh sarat mengandung. Mata aku yang masa tu tgh diduduk oleh jin mula terasa ringan psl jin dh jatuh tergolek kat lantai baca skrip tu tadi.
Sejak saat itu, aku jadi pengunjung tetap blog bukan sepet.Tiap hari aku pegi.Sehari berkali2 sampai PC aku bosan..tapi aku tak.Aku ketagih ke?Ketagih dgn blog bukan sepet yg BEST GILER.Aku tak pegi blog Afdlin lagi (jgn marah bos). Rasanya blog bukan sepet lagi cantik,menarik,tertarik dan memang da bomb.Apa2 yg dia tulis semua aku suka dan komen.Banyak plak tu..mesti dia pun bosan.Tapi aku buat jugak psl aku tak bosan..hehe..Fikir punya fikir,baik aku tulis blog sendiri sbb kdg2 rasa menyemak je kotak komen bukan sepet dgn komen2 aku yg pjg lebar dan byk.Kalau ada blog sendiri,suka hati aku la nak tulis apa pun yg kat dlm kepala aku yg kdg2 mcm otak udang dan kdg2 mcm otak dolphin.Ada masa kosongkan otak dan ada masa sardinkan otak.Bila dh sampai tahap sardin,blh gak aku keluarkan kat blog aku sendiri tanpa membusukkan blog org lain dgn sardin aku.
Jadi,nak dipendekkan,maka terhasil la blog aku ni.
Kenapa high heel dan selipar jepun?YUP!!!tht's how i see and describe myself kat muka bumi ni.
High heel tu mewakili diri aku masa tgh serius dan selipar jepun tgh santai dan selamba sardin.
High heel tu jugak simbol aku yg kerja kat ofis dan selipar jepun aku tak kerja dan berniaga mlm2 kat warung.Jadi tukang masak.Takkan nak pakai high heel plak..
High heel:Aku dlm bidang kepejabatan (ade ke perkataan ni?)
Selipar jepun: Aku yg minat muzik..(ROCK)..the only thing yg buat aku rasa tenang (selepas Allah)...music makes me feel luas dan bebas..mcm selipar jepun gak.Luas je rasa kaki,jalan pun blh laju2.Nak berlari pun blh.Aku kuar ngn kwn2 makan2 pun pakai selipar jepun.Selamba je..
Just hoping this blog would last as long as i live,as long as i have access to the net,as long as my boss bayar akaun internet..haha and as long as HQ yg byr bil telefon ofis ni..muahahahaha...
Berjimat-jimat satu amalan yg sihat..