Friday, December 29, 2006

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru kepada adik tercinta, Awangku Mohammad Faizal dan pasangannya, Nor Husna yang melangsungkan perkahwinan pada 22.12.2006 (akad nikah) & 23.12.2006 (persandingan).Semoga kekal hingga akhir usia...Doakan Kak Cu (me) pulak..hehehe..



Pelamin di rumah pengantin perempuan


Pelamin rumah pengantin lelaki.Simple je..


Ke rumah pengantin perempuan

Bersama ibubapa kedua-dua mempelai


Bersama keluarga pengantin lelaki yang best...hehe..


Di bilik pengantin..

Wednesday, December 20, 2006

Apa Ada Pada Nama

Apa ada pada nama?Bagi gua,nama memainkan peranan yg penting sebagai penarik perhatian pembaca mahupun pendengar.Mcm gua sendiri,gua sgt tertarik dgn nama yg pelik/unik dan akan berusaha untuk cari tuan punya nama tersebut.Antara contoh nama unik yg berjaya ditemui..

1. D'Oria Islamiah (senior kat Uni)
2. Zelda (senior kat Uni)
3. Zainil Ekram(my x-unimate..maybe ada yg biasa,but for me,it's unique)
4. Tentera (senior kat Uni & dia ada adik yg bernama Bunga)
5. Bawang (baru jumpa semalam,pekerja kat LEA Sports Centre..hehe)
6. Moresalem (gabungan nama rokok..ni mamat sekampung)
7. Eastkandar Eastern (Suami kawan makcik)
8. Jerman (my mom's cousin)
9. Jepun (my mom's cousin)
10. Nyanam (staf sekompeni)
11. Ayu Akida (Unimate)
12. Rekaya (Unimate)
13. Baweh (Unimate)
14. Aras Sutan (Unimate)
15. Jan Mohd Zain (my best friend's husband)
16. Sida bt Bi (kawan)
17. Widra Kasnor (kawan)
18. Widyaningsih (Unimate & juga kakak Anding AF2)

19. Shelly Salbiah (Kawan)
20. Wallman b. Muhammad Daud (Kawan)
21. Felicia bt. Ali (Kakak Kawan)
22. Muhammad Al-Alqza (Abang Kawan)
23. Sharon Notiazila (Adik Kawan)
24. Azizul Soteh (Adik Kawan)
25. Sony Arbaie (Kawan)
26. Pachut (Kawan)
27. Lucy Bintang (Kawan)

Yg pelik tapi tak pernah berjumpa dan akan dicari sekiranya mereka bukan selebriti/personaliti TV

1. Jit Murad
2. Gibran Agi
3. Sean Ghazi
4. Ghafir Akbar
5. Pierre Andre (biasa bagi org perancis..tapi mamat ni org malaysia)
6. Anding

Ada lagi beberapa org agaknya..nanti kalau ada,gua update..

Monday, December 18, 2006

10

10 lelaki Malaysia yang paling ingin ditemui..hehe..

Turutan bebas..
1. Jit Murad
2. Gibran Agi
3. Hattan
4. Ally Iskandar
5. Edrie Hashim
6. Mohram (both)
7. Sean Ghazi
8. Pierre Andre
9. S. Kuhan
10. Suhaimi Sulaiman

:-)

Wednesday, December 06, 2006

CINTA

Aku ke Kuching Jumaat lepas kerana CINTA.Yup..kerana filem CINTA yang hangat di pawagam sekarang.Tapi itu sebab kedua.Sebab utama pun CINTA.Bukan CINTA filem tetapi demi CINTA aku terhadap adik aku yang akan berkahwin 23 Disember ni.Aku pergi utk belikan kain utk buat baju melayu bersanding adik aku.Demi CINTA seorang kakak terhadap adik,aku sanggup korbankan masa kerja aku.Adik aku mmg takde masa nak pergi sbb kerja.Dia tak boleh ponteng.So,aku ponteng on behalf..hehe..aku Ponteng lagi.Tapi takpe,demi CINTA.

Lepas beli kain pagi Sabtu,aku tengok filem CINTA pukul 4.15 petang bersama 2 sahabat karib.Filem tu mmg BEST!!Tersentuh aku dari awal cerita lagi.Kisah cinta yang buat aku menitiskan air mata dgn jayanya(hehe) adalah kisah Nanu(Dyan) dan Que Haidar(Dhani).Betul2 terasa...Betapa besarnya pengorbanan seorang kakak terhadap adiknya..Aku boleh feel watak Nanu(walaupun aku takde affair ngn laki org..haha)..Kasih dan cintanya Dyan terhadap Dhani sangatlah dalam..Besarnya pengorbanan seorang kakak demi melihat adiknya terus hidup..Hmm...sedihla pulak..

Kisah-kisah lain pun ok..Aku bagi 4.8 bintang dpd 5..

So,buat yg belom menonton, pergila..tak rugi..

Buat yg marah dan terkilan kerana aku tak bgtau yg aku ke Kuching,I am so sorry..harap faham pengorbanan yang aku buat.Maybe awk tak perlu berkorban pada masa ini..tapi satu hari nanti aku percaya yg awk juga perlu berkorban..demi CINTA.