Tuesday, February 21, 2006

My Boyfren is Back..


Yup!!!My Czech boyfren is back...kali ni dgn kengkawan dia.Dua dari Korea (kiri n kanan) dan dari Jepun (baju hijau).Dia org stay kat umah gua semalam (mlm tadi).Stayed for one nite only.Hari ni tadi dia org pegi ke rumah panjang di Pakan (kawasan Iban) untuk satu misi ala2 'Bersamamu'.On 27th February my boyfren ni akan datang lagi..kali ni alone n stay semalam lagi kat umah gua before balik ke KL hari berikutnya.Based on the pic..u all blh nampak kan..ape la punya style dia org ni..Sempoi giler!!Simple sampai tak terkata..haha..tapi banyak duit wo...hehe..
Dlm previous entry,gua ada mentioned pasal nak ikut misi dia org ni.Tapi gua sekarang tengah bz giler...so,takde la gua ikut..hehe..takpe la..ada masa lagi.My Czech boyfren akan dtg sini bila2.Dah booked bilik pun..hehe..Nanti2 boleh gak join dia ni pegi kwsn2 pedalaman..yg gua sendiri tak pernah pergi pun...
Hmm..takde apa dah..Ok..ciao..

Monday, February 20, 2006

Trofi Pertamaku.~



Trofi pertama mak, yes u ols, ini adalah entri mak yang pertama sebagai guest blogger yang pertama dalam blog highheelseliparjepun nie, yes, semuanyer berkisar pasal pertama....hiks, Ok lah pertama-tama (matilah pertama lagi), mak ucapkan thanks kat kak sue ni kerana memilih mak (dipilih kah? matilah mak yang offerkan diri), untuk menyumbangkan entri yang tak seberapa ini. Nak perkenalkan diri ker, just short n sweet lah yer, panggil jer mak..erm.... Aunty Nerner yer.

Ok lah tanpa membuang masa lagi, terimalah “Trofi Pertamaku” ini,dan untuk meneruskan tradisi blog yang ngegeh nie, adalah di maklumkan entri ini mengandungi unsur2 ngegeh yang tidak kurang hebatnya.....harap maklum

Yes, inilah trofi pertama mak dalam seumur hidup mak, menang dalam pertandingan apa tu? Jeng, jeng, jeng.....Kuiz Alam dan Manusia peringkat sekolah. Yes, kuiz peringkat sekolah jer, tapi memang lah bangga habis kerana mak dapat johan, yes JOHAN u ols, JOHAN!!! Ha.h.a.ha.. Masa tu mak cuma darjah lima jer, kuiz nie disertai wakil-wakil pelajar dari setiap kelas darjah 4, 5 dan 6.(matilah UPSR), yes, abang2, kakak2 senior darjah enam pun kalah kat mak. ha..ha..mak suker, mak suker!

Berbalik pada kuiz tu, alam dan manusia?? Ape tu? Yer itu lah matapelajaran yang lebih kurang ala2 gabungan subjek Geografi dan sains yer adik2, subjek faveret mak tau, sebab, boleh tau segala macam kejadian alam sekeliling, tau pasal flora dan fauna, dan sebagainya. Mak ingat lagi masa darjah empat, mak pernah berdebat ngan cikgu mak, Cikgu R.Berdebat pasal klorofil, aper tu klorofil, matilah rujuk semula buku sains anak2 orang. Cikgu R kata, setiap tumbuhan tu mestilah berklorofil utk membuat makanan, ,n then klorofil tu hanya kat tumbuhan hijau jer, aik? mak pun heran, sebab kan ader jugak tumbuhan yg daun kaler warna-warni? Habis tumbuhan aper tu? Plastik? So, mak dengan vast nya tunjuk ke arah tumbuhan tepi jalan yang sah2 berwarna maroon tu, hidup subur lagi tau. So, kaedahnya, diam jer lah cikgu tu, (ampun cikgu, hiks)

Berbalik lagi pada kuiz tu,(berapa kali nak balik nie?) preparation, tu, mak just baca lite-lite jer, tak lah sampai hafal semua buku teks, oh ya, masa tu buku rujukan yang ada pun sebuah jer, tak lah mcm sekarang, 1 matapelajaran dah bertimbun-timbun terbitan buku rujukan, untung tauke kedai buku jer, yang jadi mangsa pulak adik2 kiter yang angkat beg 30kg hari2 pergi sekolah. So, just berbekalkan segala ilmu2 yang ada, dan lirik lagu “gementar harus jangan, jiwaku harus bertenaga...ha.ha..propah jer, masa tu si Jac pun masih kat sekolah rendah lagi..ha.h.ah... pergi lah mak ke kuiz tu, kawan sekelas mak yang turut bertanding ada 2 org lagi, Miss C (dah jadi doktor kanak2 dah sekarang kat s'pore, tapi tetap kalah kat mak dlm kuiz yer, ha..ha.. nampak sngat jeles), then sorang lagi tak ingat dah, sebab bukan competitor mak..ha.h...ha.. then budak kelas sebelah, which is our natural born enemy, (biasalah kan, kelas sebelah menyebelah asyik nak lawan sesama sendiri tak kira lah akademik ker, sukan ker, ko-kurikulum ker), mmg bukan calang2 lagi orgnye, top 3 lagi u ols, tapi harus di ingat, mak JOHAN, ok, JOHAN..ha..h..ha..ha...

So, the kuiz tu, ada 550 soalan kot,jawab dalam masa 1 ½ jam, eh 50 lah, salah taip, matilah 550 soalan, haruslah mak jawab sambil mengeluarkan buih putih di mulut..ha..ha... So, after habis semua tu, bermulalah sesi perbincangan jawapan antara para peserta, so, geng mak pun berbincang jugak lah ngan geng kelas sebelah, then sampai lah satu soalan pasal pencipta telefon, yer u ols pun dah tau kan siapa yang cipta telefon, celcom? telekom? digi? Maxis? Hah salah tu, tu tempat mak bapak korang pergi bayar bil telefon bimbit yer, Alexander Graham Bell, ,kalau tak tau tu, hantuk kepala u ols kat gangang telefon tu. Ada ke patut, budak kelas sebelah mati2 menyangkal jawapan mak tu, mati2 dia kata dia baru hafal dari buku rujukan dia tu,kesian mak kat dia, mesti mak dia hari2 bagi makan roti berbuku2, so, mak pun diam jer lah walaupun mak tau yang mak betul kerana, yer dah boleh tangkap kan, kerana mak JOHAN!, ok , JOHAN!!

Then lepas tu, join lah pulak abg2, akak2 darjah enam utk berbincang, erm....tapi sedih mak dengar jawapan2 mereka, macam tak konfiden jer. Tapi mak tak join utk perbincangan lanjut, sebab abah mak dah datang to fetch mak...hiks.The next day kat sekolah, dah tau dah keputusan tapi kena tunggu hari perhimpunan next monday baru akan di announce, tapi yang abg2 akak2 tu tak sabar nak tau, so pergila mereka membuat edisi siasat mereka. Tup2 masa waktu rehat tu, dah tersebar dah khabar angin budak darjah lima yang menang, so, ada yang kata mak lah, ada kata budak sebelah lah, mak pun buat dunno jer lah, tapi dalam hati girang, hepi kalau boleh menang..h.ah.a..So, D day pun tiba, masa perhimpunan tu, diumumkan, JOHAN kuiz alam dan manusia jatuh kepada mak!! ha.h.a. it was quite unexpected for some of the teachers n the students cause mak bukanlah best student ker apa, kalau ader pun dlam top-15 jer kat kelas. So, masa nama mak diumumkan, naik la mak kat stage kecik tu, dan terima trofi tu. The End.... ye lah, the end dah. Sekian.

Via Email to me.

Guest Blogger

Helo eveghibodi..one of my online frens cadangkan kepada gua agar jemput someone utk isikan blog gua ni.Kira mcm guest blogger la..(menyindir nampak..maklum la gua punya blog ni selalu kosong je kan..)Apa2 pun,cadangan telah dipertimbangkan dan gua telah jemput that fren utk jadi org pertama jadi guest blogger.Dia sent the entry via email to me.Entry seterusnya ni yg bertajuk 'Trofi Pertama' merupakan entry from my online fren yg hnya mahu dikenali sebagai Aunty NerNer..haha..apa punya nama la...kui...kui..kui..Jgn heran plak..entry dia berbaur nyah sikit.Nyah kot Aunty ni..hmmm..entah la...haha..
Sesiapa yg berminat untuk jadi my guest blogger boleh tulis apa2 yg lu org nak and send to me at dlaiyla@yahoo.com. Gua akan edit before publish.Approve or rejected...terpulang ngn gua..hehe..So,enjoy reading nyah ni tulis.Kah..kah..Jgn marah nyah..mak tak sengaja..

Friday, February 17, 2006

I'M LOVING IT...

Apa ada pada esok?

Apa ada pada esok?
Riang sedih atau muram?
Kesesakan lalu lintas?
Sesat jalan?
Atau tidur mati?
Gemilang atau kecundang?
Bahagia atau merana?
Mana satu jalan aku?
Lurus bengkok atau putus?
Hidup mesti terus.

Dipetik daripada blog sebelah (Rupa Jiwa).Kenalan chat YM gua.Sedap kan?

Tuesday, February 14, 2006

TV dan AKU

Entry kali ni sekali lagi aku guna aku.Kisah benar beb..Kaitan antara televisyen (seterusnya disebut TV)he..he.. dengan aku.Ada banyak kaitan antara rancangan2 TV dan iklan2 kat TV dengan bukan saja aku rasanya..tapi ramai antara kita ni.
Aku antara penggemar TV.Sejak kecik lagi suka duduk depan TV.Tak kira la apa2 rancangan sekali pun.Zaman kecik2 dulu bukan ada rancangan best2 mcm sekarang.Siaran terhad..rancangan pun boleh dikatakan ntah apa2 selain kartun.Tapi aku tunggu jugak.Rencana pun aku tengok...mungkin sebab tu jugak pengetahuan am aku luas..(he..he..perasan jap).Aku tengok TV sampai habis siaran..sampai TV tu dah tukar jadi 'semut'..ala...yg dot..dot kecik warna hitam putih yg bising2 tu..aku gelar 'semut'.Aku takkan tutup TV selagi semut tak keluar.Mak aku pun bising.Sekarang ni mana dapat tunggu semut keluar.Tunggu sampai mata terkeluar pun semut takkan keluar.Kenapa?Sebab siaran ada 24 jam.Takkan aku nak tunggu jugak..he..he..
Aku pernah digelar TV bergerak masa sekolah menengah sebab tahu semua rancangan2 TV.Dia org rujuk rancangan apa yg best untuk ditonton dgn aku..hehe..best jugak jadi bahan rujukan ni..(ermm..Achun,u don't know bout this coz it happened masa Form 2&3.Kita stil tak sekelas.So,shut up ye..haha..)..
Apa yang nak aku kongsi sini ialah kaitan rancangan TV dan iklan2 kat TV dlm kehidupan aku.
1. KL Lights
Ni siri terbaru kat 8TV.Disiarkan setiap Ahad jam 10 malam.Cerita ni setakat episod satu yg aku tengok berkisarkan tentang 4 sahabat yg sehati sejiwa.Best friends dan gila2.Kongsi banyak benda together.Masa tgh nonton,aku sms my best friend Achun.."I see us"...siri malam tu bagi aku benar2 menggambarkan kami berempat (Aku,Nogha,Agatha dan Achun).Tiga perempuan dan seorang lelaki yang berkawan rapat.Suka berkongsi masalah dan kegembiraan bersama.Gelak bagai nak pecah rumah..he.he..Ohh..aku suka cerita tu.Akan tunggu setiap Ahad...sampai tamat cerita.

Me n my best friends, Achun,Nogha n Agatha masa Chinese New Year ari tu kat umah Achun.

2. Bersamamu
Mlm tadi (Isnin 13 Februari 2006), aku nonton rancangan Bersamamu.Biasanya aku tak tgk sebab tak suka sangat.Malam tadi dah takde apa nak ditonton dan kebetulan lepas tgk Buletin Utama, mak ayah serta adik2 aku tgh tengok..so aku pun join la sekali.Kisah semalam pasal sebuah famili dgn hanya ayah membesarkan anak2 nya tanpa isteri.Bukan itu kaitannya dengan aku.
Apa yang nak aku kongsi ialah kisah pengorbanan anak sulung famili tersebut.Dia ni banyak bersusah payah demi adik2 dia.Berkorban sepenuh jiwa dan raga hanya untuk adik2 dia.Perbualan dia dgn Fifi (pengacara rancangan) buat aku sebak.
"Saya beli baju adik2 saya..barang adik2 saya.Kadang2 saya terlupa nak beli untuk diri sendiri"...
Aku punyalah susah nak tahan tangisan..tapi tak dpt jugak.Terkeluar jugak air mata aku..Aku faham perasaan anak sulung tersebut.Aku rasa penderitaan dia.Aku tahu macam mana rasa berkorban untuk adik2.Aku tahu rasanya melupakan diri..melupakan kepentingan diri..melupakan keperluan diri untuk memenuhi permintaan adik2...aku tahu...bukan dia terlupa..tapi terpaksa melupakan..aku tahu... : )
3.Iklan Ha..Ha..Harpic..
Iklan ni bagi aku lawak la..tak tau bagi org lain.Kaitan iklan ni dgn aku?hehe..
Kan dlm iklan ni Radhi Khalid pegi rumah org untuk servis tandas?Bukan..aku tak servis tandas la..
Ni pasal pencuci sedia ada dlm rumah tu.Yang dipakai penghuni rumah tu untuk cuci tandas.Kalau ada yang perasan..pencuci tu ialah Clorox.Perkataan diblurkan takut kena saman.haha...tapi stil aku nampak.Tu la kaitannya..hehe..aku pun guna Clorox atau bahan peluntur utk cuci tandas.Lagi bersih apa..kan?Yang lawak pasal iklan ni..last2 sekali penghuni rumah tu bertukar kepada Harpic.Lepas tu Harpic tunjukkan keluaran terbaru mereka 'Pencuci dengan Bahan Peluntur'...macam pernah dengar je perkataan 'bahan peluntur' tu..tapi di mana ya?He..he..bagi aku..baik guna peluntur terus.Gerenti bersih tandas tu.Murah pun murah...Ha...Ha..Harpic...kah..kah betul la iklan tu.
Itu je la sedikit sebanyak pasal TV dan Aku..enjoy...

Friday, February 10, 2006

Just My Imagination

Sarawak Tribune..apa sudah jadi?Tutup la plak..Gua sebenarnya nak bgtau la..walaupun duduk kat Sarawak,secara jujurnya gua dedahkan yg gua tak pernah baca Sarawak Tribune.Tak berminat.Macam tak best je..haha..gua lagi suka baca akhbar Utusan Malaysia.Berkenaan dgn karikatur yang menghina Nabi Muhammad S.A.W yg disiarkan oleh Sarawak Tribune,pun gua tak tengok.Tup..tup..tutup la pulak..hehe..ada yg tersirat ke di sebalik penutupan Sarawak Tribune?Gua berimaginasi lebih sikit boleh tak?Jgn ada yg kecik hati or saman gua plak..hehe..
Mungkin kah Sarawak Tribune dah di ambang kejatuhan?Dgn menyiarkan karikatur (yg sememangnya diketahui akan menimbulkan kontroversi),pihak pengurusan Sarawak Tribune mengambil jalan mudah?Jalan mudah untuk apa ya?Utk menutup diri la..Maksud gua,ini la time yg paling sesuai...paling ditunggu2 utk tutup.Tak la nampak sgt ...jatuh ditolak lebih tak lawak dpd jatuh sendiri..tapi entah la..takkan nak malukan diri plak ye?Buat hal yang BESAR tu,carik pasal yg MELAMPAU tu...hmmm...kesian jugak la dgn Sarawak Tribune tu...

Tuesday, February 07, 2006

BLANK

Gua blank..tak tau nak tulis apa.Tahniah to Zizie for the cute baby 22 Januari lepas, Happy Birthday to my brother, Zul on 1st February lepas, Happy Birthday gak to my fren Rosma 2nd February ari tu, happy chatting to my fren Helmay kat umah dia..hehe..semoga bertemu jodoh hendaknya di alam siber tu.Gua dah tak dpt chat kat ofis la beb.YM ada problem.Cila***.Laptop pun rosak je..lagi la cila***..nak online kat umah pun dah tak dpt.Tu antara sebab blog gua tak diupdate.Nak tau gua buat ni kat mana?Bukan C.C,bukan kat umah sesapa..tapi kat ofis sebelah.Haha..pinjam pc dia org.Gua selalu lepak ofis ni.Kdg2 dlm 8 jam sehari kerja,gua lepak sini berjam2.Pukul 10-11.30/11.45.Balik ofis gua tunjuk muka jap.Pas tu kul 12 ke ofis ni lagi.12.30 balik umah.Balik ofis kul 2.Masuk kejap ofis gua,kul 2.30/3.00 lepak balik kat ofis ni sampai la kul 4.Gua masuk ofis dan tunggu time nak balik kul 5.Gila kan kerja macam ni?Makan gaji buta je..mesti ada yg komen mcm tu.Ala..gua tau la..if ada kerja banyak.pandai2 la gua lekat kat ofis.Kalau takde kerja sgt yg gua lepak kat ofis sebelah ni.Kerja gua kdg2 bukan byk..malah bukan ada pun.Terpulang...lagipun gua memang kena gak pegi ofis sebelah ni sebab ada kaitan dgn kompeni gua.Dokumen2 kdg2 pun nak kena refer dgn dia org.Tu la pasal.Gua kalau ngantuk,gua pegi ofis ni.Borak2 dgn staff ofis ni..
Ok la..gua nak cari dokumen plak la..tu je gua tulis.Takde point langsung..haha..
Gua yg blank...