TV dan AKU
Entry kali ni sekali lagi aku guna aku.Kisah benar beb..Kaitan antara televisyen (seterusnya disebut TV)he..he.. dengan aku.Ada banyak kaitan antara rancangan2 TV dan iklan2 kat TV dengan bukan saja aku rasanya..tapi ramai antara kita ni.
Aku antara penggemar TV.Sejak kecik lagi suka duduk depan TV.Tak kira la apa2 rancangan sekali pun.Zaman kecik2 dulu bukan ada rancangan best2 mcm sekarang.Siaran terhad..rancangan pun boleh dikatakan ntah apa2 selain kartun.Tapi aku tunggu jugak.Rencana pun aku tengok...mungkin sebab tu jugak pengetahuan am aku luas..(he..he..perasan jap).Aku tengok TV sampai habis siaran..sampai TV tu dah tukar jadi 'semut'..ala...yg dot..dot kecik warna hitam putih yg bising2 tu..aku gelar 'semut'.Aku takkan tutup TV selagi semut tak keluar.Mak aku pun bising.Sekarang ni mana dapat tunggu semut keluar.Tunggu sampai mata terkeluar pun semut takkan keluar.Kenapa?Sebab siaran ada 24 jam.Takkan aku nak tunggu jugak..he..he..
Aku pernah digelar TV bergerak masa sekolah menengah sebab tahu semua rancangan2 TV.Dia org rujuk rancangan apa yg best untuk ditonton dgn aku..hehe..best jugak jadi bahan rujukan ni..(ermm..Achun,u don't know bout this coz it happened masa Form 2&3.Kita stil tak sekelas.So,shut up ye..haha..)..
Apa yang nak aku kongsi sini ialah kaitan rancangan TV dan iklan2 kat TV dlm kehidupan aku.
1. KL Lights
Ni siri terbaru kat 8TV.Disiarkan setiap Ahad jam 10 malam.Cerita ni setakat episod satu yg aku tengok berkisarkan tentang 4 sahabat yg sehati sejiwa.Best friends dan gila2.Kongsi banyak benda together.Masa tgh nonton,aku sms my best friend Achun.."I see us"...siri malam tu bagi aku benar2 menggambarkan kami berempat (Aku,Nogha,Agatha dan Achun).Tiga perempuan dan seorang lelaki yang berkawan rapat.Suka berkongsi masalah dan kegembiraan bersama.Gelak bagai nak pecah rumah..he.he..Ohh..aku suka cerita tu.Akan tunggu setiap Ahad...sampai tamat cerita.
Me n my best friends, Achun,Nogha n Agatha masa Chinese New Year ari tu kat umah Achun.
2. Bersamamu
Mlm tadi (Isnin 13 Februari 2006), aku nonton rancangan Bersamamu.Biasanya aku tak tgk sebab tak suka sangat.Malam tadi dah takde apa nak ditonton dan kebetulan lepas tgk Buletin Utama, mak ayah serta adik2 aku tgh tengok..so aku pun join la sekali.Kisah semalam pasal sebuah famili dgn hanya ayah membesarkan anak2 nya tanpa isteri.Bukan itu kaitannya dengan aku.
Apa yang nak aku kongsi ialah kisah pengorbanan anak sulung famili tersebut.Dia ni banyak bersusah payah demi adik2 dia.Berkorban sepenuh jiwa dan raga hanya untuk adik2 dia.Perbualan dia dgn Fifi (pengacara rancangan) buat aku sebak.
"Saya beli baju adik2 saya..barang adik2 saya.Kadang2 saya terlupa nak beli untuk diri sendiri"...
Aku punyalah susah nak tahan tangisan..tapi tak dpt jugak.Terkeluar jugak air mata aku..Aku faham perasaan anak sulung tersebut.Aku rasa penderitaan dia.Aku tahu macam mana rasa berkorban untuk adik2.Aku tahu rasanya melupakan diri..melupakan kepentingan diri..melupakan keperluan diri untuk memenuhi permintaan adik2...aku tahu...bukan dia terlupa..tapi terpaksa melupakan..aku tahu... : )
3.Iklan Ha..Ha..Harpic..
Iklan ni bagi aku lawak la..tak tau bagi org lain.Kaitan iklan ni dgn aku?hehe..
Kan dlm iklan ni Radhi Khalid pegi rumah org untuk servis tandas?Bukan..aku tak servis tandas la..
Ni pasal pencuci sedia ada dlm rumah tu.Yang dipakai penghuni rumah tu untuk cuci tandas.Kalau ada yang perasan..pencuci tu ialah Clorox.Perkataan diblurkan takut kena saman.haha...tapi stil aku nampak.Tu la kaitannya..hehe..aku pun guna Clorox atau bahan peluntur utk cuci tandas.Lagi bersih apa..kan?Yang lawak pasal iklan ni..last2 sekali penghuni rumah tu bertukar kepada Harpic.Lepas tu Harpic tunjukkan keluaran terbaru mereka 'Pencuci dengan Bahan Peluntur'...macam pernah dengar je perkataan 'bahan peluntur' tu..tapi di mana ya?He..he..bagi aku..baik guna peluntur terus.Gerenti bersih tandas tu.Murah pun murah...Ha...Ha..Harpic...kah..kah betul la iklan tu.
Itu je la sedikit sebanyak pasal TV dan Aku..enjoy...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home