Friday, January 06, 2006

Akulah Korban Itu...

Korban,berkorban,terkorban,dikorbankan,mengorbankan dan pengorbanan.Banyak makna dan beza..Entry kali ni aku korbankan gua.Aku guna aku sbb nak lebih authentic kata lecturer aku dulu.Ini cerita segalanya2 tentang korban aku.Tak bermaksud nak menyinggung perasaan mana2 pihak.Dan bukan niat nak menunjuk2 a.k.a NGEGEH..hehe..sesaja kongsi cite sempena Raya Korban ni..
Kwn aku: Keja kat sini la (KL).Best..selalu sale,luas pengalaman,pandangan..Asyik terperap kat sana je (my place),mana syok..sampai bila nak duduk dgn family je.Kau kena berkorban.Duduk jauh,kerja jauh.Silap2 hari bulan blh gak dpt calon suami.
Aku:Tengokla mcm mana..
Yang kwn2 aku (a few) tau:Korban bermaksud duduk jauh dgn family..kerja kat luar Sarawak.Kalau kerja jauh maksudnya dah berkorban demi keluarga.
Yang diaorg tak tau:Kenapa aku stil tak kuar2 dr tmpat aku ni?Kenapa aku tak nak kerja jauh?Aku pun berkorban jugak.Bagi aku,korban tak semestinya nak kena duduk jauh n kerja kat luar kampung.Aku berkorban demi keluarga jugak.Duduk dgn family demi keluarga aku.Bukan aku tak nak kerja luar.Cuma keadaan aku tak mengizinkan.Jika bagi sesetengah org bekerja jauh untuk mencari wang dan dikirimkan kepada family kat kampung..aku pun TAK ADA BEZA nya.Aku bekerja pun nak cari wang untuk keluarga aku.Untuk adik2 aku yg masih belajar.Aku fikir..daripada buang duit sewa rumah n transport kat luar esp KL (bandar besar yg kena byk belanja),baik aku kerja kat sini je.Duit bulat2 boleh bagi kat emak aku,adik2 aku.Kalau dah ada peluang kerja kat sini,buat apa nak susah2 cari kerja kat tmpat lain.If takde org nak stay kat bandar kecik mcm ni..siapa lagi?Lain la kalau kat sini takde peluang kerja...aku might keluar la kan?
Aku pun heran jugak..kenapa org mesti kaitkan korban dgn kerja kat bandar atau kat luar kampung sendiri?Kerja kat mana2 pun korban..Siapa yg tak nak berkorban utk keluarga?
Kwn aku: Tak penat ke?Siang2 kerja dan malam2 plak berniaga.Balik plak lewat mlm.Kalau aku la..mesti dah tak tahan..Kau ada upah ke?Keuntungan pun kau dpt ke?
Aku: Biasa je..
Yg kwn2 aku tau: Malam2 rehat..tak pun kuar.Berniaga mesti dpt untung..
Yg kwn2 aku tak tau:Kenapa aku sanggup korbankan masa malam aku untuk berniaga setelah penat bekerja?Kenapa aku tak nak upah dan tak ambik keuntungan tu?
Aku korbankan masa malam aku dgn berniaga kerana nak puaskan hati emak dan ayah aku.Mereka mmg nak uruskan gerai tu tapi aku tak smpai hati.Kesian tgk mak aku yg dh penat buat kerja kat rumah seharian dan my dad yg dah berusia.Takkan nak biarkan diaorg penat lelah kat gerai dan balik lewat malam?Mana boleh mcm tu kawan...
Psl upah plak..aku mmg tak nak.Aku tolong mak ayah aku dgn iklhlas.Tak harap sesen pun upah.Kenapa plak aku nak ambik upah sedangkan aku ada gaji.Lagipun,tu gerai diaorg..aku hnya tolong laksanakan impian dia org.Semua keuntungan aku bagi kat mak dan ayah aku.Kalau aku nak ambik jugak upah..aku rasa mcm penjahat plak.Pengorbanan mak ayah membesarkan aku pun tak terbalas lagi..nak ambik mintak bayar plak untuk bantu kat gerai?Tidak sama sekali!!
Kwn aku:Jom la kuar mlm ni (mlm masa gerai tak bukak).Pukul 8 aku jmput.Kita pegi lepak2.Tak boring ke duduk rumah je..
Aku: Tak tau lagi la..Nanti aku sms kau.
Yg kwn2 aku tau:Mlm2 nak kuar.Tak makan pun just lepak minum2..
Yg kwn2 aku tak tau:Kenapa kdg2 aku tak nak lepak?
Aku nak korbankan masa dgn adik2 aku.Tolong dia org buat kerja sekolah.Ada yg diaorg tak tau buat..aku bantu.Mak dan ayah aku bukan tau sgt..tambah2 lagi Sains dan Matematik dlm Inggeris.Kesian adik2 aku.Nak tnya ngm mak ayah aku bukan dpt jawapan pun.So,aku la yg kena duduk sebelah adik2 aku dan bantu apa yg patut.
Kwn aku:Kau lunch pukul berapa dan kat mana?
Aku:Aku tak lunch.Tak lapar.
Kwn Aku:La..jom la kuar.Kau selalu je malas makan.Tak pernah aku jumpa org mcm kau.
Yg kwn aku tau:Aku malas makan tp stil gak saiz besar.
Yg kwn aku tak tau:Kenapa aku tak nak makan?
Aku nak jimatkan wang dan fikirkan adik aku yg study kat UITM dan yg kerja kat Singapura tu.Kalau tiap kali lunch aku nak makan kat luar,byk la belanja aku.Adik aku yg tgh study kat UITM makan apa agaknya?Aku kat sini makan sedap...dia makan ke tak?Kalau makan pun..makan kat kat kantin UITM.Belum tentu sedap beb.Tak pun makan mi segera yg direndam dgn air panas.Yg kerja kat Singapura tu plak mcm mana?Ada lagi tak duit dia utk makan?Uish..kesian adik2 aku tu.Takpe la..aku pun tak nak la makan kat luar selalu.Biarla berlapar..petang nanti blh balik baru makan..
Bos aku dulu:Why u always smile?
Aku: It's my hobby.
Bos aku:Good hobby.I want to start that hobby too.
Yg bos aku tau:Aku selalu senyum.Tiap kali aku tgk dia..aku senyum.
Yg bos aku tak tau:Kenapa aku senyum dan kenapa aku selalu gembira?
Aku dah korbankan perasaan sedih dan muka sedih aku.Aku timbuskan dgn perasaan gembira.Bukan apa..aku tak nak org nampak kesedihan aku.Mcm aku sendiri..aku tak suka tgk muka org yg panjang je..masam je..hati aku tak senang.Bingung,risau takut aku ada buat silap ke kat org tu smpai dia bagi muka mcm tgh mkn mempelam kat aku.
Lagipun,aku tak nak adik2 aku nampak sengsara aku.Terutamanya bila takde duit.Walaupun kadang2 aku sedih jugak..bila dah sampai kat depan rumah,aku tukar mood aku.Aku selalu balik kerja dgn tunjuk gigi kat org rumah aku..dgn mak ayah aku..dgn adik2 aku.Aku tak nak dia org tau aku sedih or dlm kesusahan.Biar aku tanggung dan selesaikan sendiri...kerana
Akulah korban itu..
Selamat Berkorban..
&
Selamat Aidiladha..

12 Comments:

Blogger ezrynn ismail said...

assalamualikum..hi... ter-stumble upon ur blog..sedey plak rasa nyer bace ur entry pasal korban tuh...ayat last sekali tuh... 'akulah korban itu' very the dalam meaning nyer..bertuah ur family...

8:38 AM  
Blogger Bukan Sepet said...

Yg kawan blogger tau: Sue ni orgnya hepi ceria.

Yg kawan blogger tak tau: baru hari ni tau.

Tahniah. Atas pengorbanan itu Tuhan akan balaskan dengan anugerah yang paling baik. Insyaallah.

7:03 PM  
Blogger highheelseliparjepun said...

Hehe...

Ezrynn..thanks for 'stumbling' by..hehe..keep on stumbling k...i'll stumble also kat ur blog.

Sifu..Mudah-mudahan...

:->

7:09 PM  
Blogger N a d i a said...

su,
i'm touched. bangga aku dpt kawan camni..hehehe...;-) wa caya lu!

1:04 AM  
Anonymous Anonymous said...

Aok, kelak sik boh kamek ajak gi minum gik. biar kawu dok rumah jak..hi...hi...

4:37 AM  
Blogger Sya said...

Sue.. semoga apa yg dikorbankan oleh sue akan dikenang hingga ke akhir hayat.. sedih membacanya.

1:30 AM  
Blogger aNIe said...

Sue...lamanya su tak menulis...kak lady sampai dah putus asa nak masuk sini...tapi alhamdullillah...dah mula balik dah...SELAMAT HARI RAYA KORBAN untuk su...semoga aper yang dikorbankan akan dikenang hingga ke akhir hayat...amin

9:05 AM  
Blogger Jun Ahmad said...

sue ,

apa yang dinamakan tanggungjawab , itu lah pengorbanan sebenarnya , orang yang bertanggunjawab nilah selalunya yang kena tempuh dan rempuh perlbagai ragam pengorbanan ..tak mengapa,setiap satu langkah pengorbanan yang sue lalui, beribu ganjaran manis Allah janjikan untuk sue .. jangan putus asa yea , kalau semasa hayat kita dipeliharaNya , nanti kelak masa dalam kubur , amalan dan pahala tu lah yang jadi bantal dan selimut sue di dalam sana .

insya-Allah

2:50 AM  
Blogger Led said...

Bagi aku, memanag payah nak berkorban macam ni.Kekadang tu kita akan dapat rasakan betapa korban itu perlu. tapi adakalanya aku rasa korban tu akan dipandang oleh org dgn cara yg tersendiri. Sebagai contoh, kita korban masa utk bersama keluarga dan kengkawan atas alasan kerja. akhir nye tak dihargai lansung. ini berdasarkan pengalam aku yg lalu dgn ada sorang bos pompuan yg andartu. Last skali time dia nak resign, dia siap taruk kita lagi. sedih betul. dendam pun ada jgak.

1:39 AM  
Anonymous Anonymous said...

askum... salam dr anakomak...

2:44 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tedah....sedihnya...crita....apa²pun semua org berkorban dan mangsa korban untuk mendapatkan title pengkorban dan pengorbanan yng tidak terhingga beb!

10:00 PM  
Blogger highheelseliparjepun said...

Susahnya nak online..problem betul la.Ni baru gua dpt nak komen.

Thanks utk semua komen...yg terasa pun ada..hehe..

Tapi yg gua tak faham is komen si penjahat.Siapa tu?Apa yg dikomen nya???

11:44 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home