: (
Tak pernah aku menangis bila baca suratkhabar..Tapi hari ni,aku betul2 tak dpt menahan airmata..Aku nangis sampai mata bengkak...Berita pasal kes pembunuhan ini benar2 menyayat hati...
Rayu anak tiri mengaku
Oleh Meor Riduwan Ahmad
SHAH ALAM: Seorang suri rumah yang dituduh membunuh anak kandungnya sanggup melutut dan merayu sambil berpura-pura menangis di hadapan anak tirinya untuk memujuknya mengaku bertanggungjawab terhadap kematian adiknya (mangsa).
Anak tiri tertuduh yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, disebabkan kasihan dan tidak tahan melihat ibu tirinya menangis dan merayu, dia bersetuju mengaku membunuh adik yang berlainan ibu itu biarpun dia tidak bersalah.
Saksi pendakwaan keempat (SP4) itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.
Menurut saksi itu, ibu tirinya, Salina Abdul Shukor, memujuknya di rumah ketika bapanya tiada dengan memberi jaminan akan cuba melepaskannya andai dimasukkan ke pusat kebajikan.
“Emak cakap, ‘Long (nama panggilan), kau tolong mak dan mengaku bunuh adik kerana engkau bawah umur tak kena gantung,” katanya.
Saksi itu berkata, biarpun melihat ibu tirinya menendang dan memukul adiknya sehingga mangsa mengerang kesakitan dan muntah tidak berhenti-henti selain lebam di badan, dia tidak menceritakannya kepada bapanya, Abdul Aziz Abdul Rahman kerana takut kepada tertuduh.
Salina, 27, dituduh membunuh anaknya, Syakir Abd Aziz, 3, di rumah mereka di Kampung Pinggir, Lembah Jaya Selatan, Ampang Jaya, antara jam 5.30 petang pada 4 April 2004 hingga 5 petang 7 April 2004.Dia diwakili peguam Hazlan Abd Hamid dan Iszam Kamal Ismail.
Selain tiga adik sebapa, saksi itu mempunyai tiga adik lain hasil perkahwinan bapanya dengan ibu kandungnya yang sudah meninggal dunia.
SALIM: Boleh beritahu apa berlaku pada 4 April 2004, jam 5.30 petang?
SP4: Saya dan adik (saudara sebapa tetapi berlainan ibu) yang sulung bermain sambil buat kereta mainan di tepi rumah. Ketika itu saya dengar emak pukul adik Syakir. Saya dengar dia diangkat dan dibaling ke dinding rumah yang dibuat daripada kayu. Kemudian, saya masuk ke rumah dan tengok emak tendang adik Syakir di perut. Ketika itu emak dalam keadaan marah.
SALIM: Bagaimana keadaan adik kamu?
SP4: Terbaring melintang kerana sakit ditendang. Mula-mula dia menangis tapi selepas itu senyap. Saya tahu emak marah, sebab itu dia pukul adik Syakir depan saya dalam keadaan berdiri. Saya tak ingat berapa kali dia tendang tapi banyak kali. Saya juga tidak pasti sekuat mana emak tendang tapi dari muka dia nampak sekuat hati.
SALIM: Apa yang jadi pada adik Syakir?
SP4: Dia terus senyap.
SALIM: Apa kamu buat?
SP4: Saya tutup pintu. Emak baling adik Syakir pada saya sambil kata: ‘Kau basuh berak anak sial ni’. Emak baling kena tangan dan saya cuba sambut tapi tak berjaya menyebabkan adik terjatuh. Saya tidak jawab apa-apa dan terus angkat adik bawa ke bilik air di sebelah rumah. Selepas basuh berak adik Syakir, saya masuk semula ke rumah.
SALIM: Masa bawa adik Syakir untuk basuh berak, adakah dia menangis?
SP4: Adik Syakir jarang menangis tapi masa dibawa ke bilik air, dia mengerang sakit. Saya tak tanya dia sakit di mana, tapi nampak tangannya pegang perut. Selesai basuh berak adik, saya bawa masuk semula dan pakaikan baju serta letak dia atas sofa. Saya lihat keadaan dia okey saja dan sambung buat kereta mainan.
SALIM: Seterusnya?
SP4: Balik dari kedai saya beritahu ayah balik dan emak terus masuk ke rumah dan keluar semula lima minit kemudian. Emak tanya saya, ‘Along...apa pasal Syakir? Saya cakap ‘mana Along tahu’ dan tanya mengapa. Emak kata, ‘jom tengok Syakir yang berbaring atas sofa dan muntah’. Saya lap muntahnya dan dia terus muntah banyak kali dan tak berhenti. Ketika itu kira-kira jam 6.30 petang. Emak hanya tengok saja. Adik muntah dari hari itu (4 April 2004) hingga pagi 6 April 2004. Tiap kali muntah saya akan lap.
SALIM: Apa tindakan emak?
SP4: Tiada apa-apa. Emak juga tidak bawa adik Syakir ke klinik. Pada 6 April 2004 saya lari dari rumah sebab tidak tahan semua urusan adik Syakir saya kena buat. Ayah juga tidak tahu perkara itu kerana tidak diberitahu langsung.
Saksi itu berkata, kerana tak tahan disuruh menguruskan Syakir, dia melarikan diri ke rumah abang angkatnya dikenali ‘Abang Talib’ pada 6 April 2004 hingga 2 petang 7 April 2004.Katanya, ketika balik ke rumah pada 2 petang 7 April 2004 dengan membawa tiga bungkus nasi, dia dimarahi serta dimaki ibu tirinya kerana melarikan diri dan membiarkan Syakir.
“Saya lihat Syakir nazak dengan matanya berair dan badan biru. Emak suruh saya jaga adik di hospital. Saya cakap bukan salah saya mengapa kena bertanggungjawab,” katanya sambil memberitahu dia kemudian keluar memancing bersama seseorang dikenali Abang Mat di lombong Speed Boat.
Sementara itu, seorang saksi, Lans Koperal Norazlina Abdullah berkata ketika bertugas di bahagian pertanyaan Balai Polis Ampang, seorang lelaki bernama Abdul Aziz dan anak lelakinya datang membuat laporan kematian anak lelakinya berusia empat tahun dipercayai akibat ditendang dan dipukul dengan penyangkut baju oleh abangnya berusia 14 tahun.
Perbicaraan bersambung hari ini.
Sumber:Harian Metro
Kesian Syakir..Satu-persatu kejadian seolah2 berada di hadapan mata.Terbayang-bayang di mata wajah Syakir yg sedang mengerang ketika ditendang...Dpt dilihat Syakir terbaring di sofa,Syakir muntah,dan paling sedih bila melihat renungan mata Syakir yg berair..Terasa macam Syakir cuba menagih simpati dan meminta pertolongan.Tapi apakan daya,Syakir tak mampu bertahan lagi...dia 'kembali' kepada Allah jua..
Dan Syakir sudah pasti masuk Syurga...

6 Comments:
ada gak manusia yang zalim camni ek... takde perasaan langsung... sanggup buat dak kecik camtu
tu anak seniri tuh, bukan anak tiri, bukan anak angkat
apa punya mak daaaa....
Tu la..kesian Syakir..tak pasal2 meninggal..Kalau cepat2 bawak ke klinik maybe dpt selamat..Tapi tak guna jugak sbb mak dia akan sentiasa dera dia.Ada baiknya dia 'pergi'..Lebih selamat di sisi Allah.Dan terbongkarlah rahsia ibunya yg kejam.Dah pun kena tangkap.
Gila meroyan mak nya ya
i cried silently on my desk when i read this news in the newspaper. helpless. sad. marah. hanya al-fatihah buat allahyarham syakir...
i wonder, how could someone called "MOTHER" abused her own blood? sesuci gelaran ibu, salina tidak layak mendapatnya.
i cried my eyes out mase bace camne teruknye arwah kena dera...seeing the bloody b**** face kt paper buat i bertambah marah...mane naluri keibuan die...takde langsung ke simpati die mase anak die terlantar kt atas sofa tu?kalau jumpe pompan ni nak je ludah kt muke die
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home