Thursday, November 17, 2005

Jerry Kamit The Sape Hero



Jerry Kamit..satu nama kecil dalam industri muzik tempatan tetapi agak besar di arena muzik antarabangsa.Mesti ramai yg tak kenal Jerry ni..tak mcm pemuzik2 kontemporari lain yang dikenali satu Malaysia ni.Bagi gua,Jerry Kamit is the sape hero.Hero kampung..hero Sarawak yg telah mengharumkan Malaysia amnya dan Sarawak khususnya.Jerry mcm Kumpulan Mohram jugak..memperjuangkan muzik dengan alat muzik akar kita,tradisional tapi going global.Mcm Mohram yg byk ke luar negara kerana muzik diaorg lebih dihargai org2 luar dpd org kita sendiri,begitu jugak Jerry.Lebih banyak buat show kat luar negara mcm Jepun,German dan ada beberapa lagi la.Gua minat kat Jerry dari sekolah rendah.Masa tu tgh tunjuk dokumentari pasal Sape (alat muzik tradisional yg Jerry pegang tu)..gua simpan hasrat nak jumpa Jerry satu hari nanti.Mcm mimpi jadi kenyataan..masa gua pegi ke Rainforest World Music Festival 2002,gua jumpa Jerry Kamit in person.Happy giler masa tu.Gua ambik gambar dgn dia (bukan yg baju oren tu..ada satu lagi).Yg baju oren tu yg gua ambik tahun ni.Muzik Jerry ni mmg best..mengasyikkan la alunan sape dia ni.Gua rasa,the only peluang nak tgk Jerry Kamit perform dalam negara is at The Rainforest World Music Festival held every July kat Kampung Budaya Sarawak.Will talk bout the Festival in my next entry...

Saturday, November 12, 2005

Being Me..

Ni gua saje nak letak..bg ada org tu terasa..haha.Mesti gua dpt komen dgn perkataan 'Ngegeh' which means mengada2 n suka menunjuk2.Memang pun..haha..just being myself.Dlm keluarga,gua la yg plg ngegeh..antara kengkawan pun..gua la yg plg ngegeh.Bg gua,ngegeh ni ada kategorinya..ngegeh gua bukan hnya menunjuk2 yg sia2 tapi gua ngegeh untuk berkongsi.Kongsi material,kongsi emosi,kongsi zahir dan batin.Ye la..mcm blog ni..gua bgtau ramai kengkawan yg tak pnh tau kewujudan blog gua ni,bukan niat nak menunjuk2 sesaja yg gua ada blog,tp nak kongsi bahan yg gua letak dlm blog ni.Mana la tau dia org ada idea apa2 nak letak..blh tumpang kat blog ni.Mcm gambar n resepi biskut tu..bukan gua sesaja ngegeh nak tunjuk tp utk kongsi apa yg patut..kan ada yg dpt resepi free?Dan blh try sendiri buat biskut tanpa buang byk duit beli?Kan dah jimat?Dpt gua buat amal kebajikan online..nak pegi seluruh dunia buat amal bukan senang..so..buat cara online pun kira o.k jugak..(I sound ngegeh kan?haha...)Just being me..Yg gua naikkan blog bout my nenek..bukan gua sesaja nak tunjuk muka nenek gua yg stil ayu.. ; ) tapi nak kongsi rasa insaf dgn sesapa yg jenguk blog gua ni (walaupun tak la ramai)..Dan yg plg gua bangga being ngegeh cara gua sendiri ialah dpt lariskan mumbu bubur pedas nenek gua.Gua promote blog ni kat my fren yg keje kat satu sekolah..dia bukak n cikgu cikgi yg tgk blog ni masa ramadhan dulu masing2 nakkan mumbu bubur pedas tu..So,berbaloi la penat lelah nenek gua buat mumbu tu..habis semuanya..sampai ada yg tak sempat beli..proud of being the ngegeh me..
Ngegeh punya pasal,gua pernah isi form masa tingkatan 4 ruangan cita2..gua letak 'Datin'..haha..kena suruh tukar n gua tukar kepada 'Stuntwoman'..Cikgu tu hnya mampu geleng kepala je..padan muka dia.Ade ke patut nak tentukan cita2 gua.Sukahati gua la nak jadik apa.Tu hak gua.Serius..gua mmg ada cita2 nak jadi Datin.Org tnya kenapa tak nak jadi 'Datuk' mcm Sharifah Aini tu ke..Bg gua,lagi senang nak jadi Datin than Datuk..Biar suami je kerja susah2 n buat sumbangan byk2 dan dpt gelaran Datuk.Gua cuma perlu jadi seorg isteri..tak pyh la nak susah2 sgt..Gua tau kemampuan gua..haha..Tapi isteri yg baik la..bukan just title isteri and Datin.Amin... ; p
Ngegeh forever...hehe..

Tuesday, November 08, 2005

FILEM KOREA WAJAH KITA



Bila benci jadi simpati..dan simpati jadi kasih sejati...

Sabtu (29/10/05)..malam tu sedang gua asyik berjuang menyiapkan tempahan biskut raya yg berlambak2..my fren Stephen bg mesej suruh tgk 8tv.Gua tgk jam baru pukul 8.37...Was2 jugak nak tekan coz budak ni bukan blh percaya sgt.Suka kenakan org.Nanti tak psl2 gua end up tgk cerita Hindustan..puhlease...haha...

Gua ambik remote control and tekan info..'The Way Home' tajuk yg tertulis kat situ dgn sedikit sinopsis..mcm best je..n i gave it try.The result..worth trying.Nasib baik gua tgk..kalau tak,rugi besar.Filem Korea rupanya..dan best sgt.Highly recommended..Ni ada sedikit sinopsis dia yg gua petik dr satu site.

THE WAY HOME
"EXHILARATING! Easily the year's finest foreign film and one of the very best movies of the year!" - Jim Svejda, KNX/CBS RADIO
Take a delightful journey with this "magnificently expressive"*, award-winning Korean movie that has captured the hearts of audiences throughout the world. The Way Home is the story of Sang-Woo, a seven-year-old boy from the city, and his elderly grandmother, a deaf-mute who has spent her entire life in a small rural village. When Sang-Woo's mother is forced to send him to live with his grandmother, Sang-Woo is shocked at what he finds - a place without electricity, indoor plumbing or access to fast-food restaurants. Angry and confused, Sang-Woo rejects his grandmother's attempts to please him. But, as time passes, the old woman's kindness begins to touch the young boy's heart - awakening curiosity, understanding, and finally, love. With irresistible performances, charm and humor, The Way Home is "one of the very best movies of the year!"**

Masa gua tekan tu part cucu dia tgh minta fast food from his nenek.Budak u mintak hamburger,pizza n KFC (dia kata 'Kentucky Chicken' dgn cutenye...)..Tapi nenek dia tak faham.So,budak tu ambik buku dia yg ada gambar ayam and tunjuk kat nenek dia yg pekak.Lepas tu tunjuk la budak tu tgh tidor and masa tu hujan lebat.Nenek dia ditunjukkan tgh berjalan kaki balik dlm hujan dgn seekor ayam dlm kain.Sedih giler part ni.Gua pun nangis...selebat hujan yang turun dlm cerita tu.Setibanya kat rumah,nenek ni cabut bulu ayam and rebus ayam.Lama gak kot dia nak prepare semua tu..org tua la katakan..Pastu dia kejutkan cucu dia n bagi dia makan.Cucu dia plak yg tgh mengidam nak makan KFC memberontak tak nak makan coz dia nak ayam goreng,bukan rebus.Dia tolak makanan yg nenek dia suapkn.Nenek dia just diam je.Sekali lagi air mata gua jatuh..Kesian nenek dia.Tapi ada gak part lucu yg pengarah ni selitkan..cucu dia yg tak makan seharian terjaga tgh malam n akhirnya makan jugak ayam tu dgn lahap sbb extra lapar.Senyum gua..Esoknya budak tu bangun dan kejutkan nenek dia tp nenek takde respon..demam rupanya.The cucu ambik selimut dan selimutkan nenek dia dan bg makan nasi semalam bersama ayam kpd nenek dia..dan gua nangis lagi...Memang meruntun jiwa betul la cerita ni..Nak tau lbh,try cari vcd/dvd dia n tonton sendiri.Gua rekomen..

Ada dua sebab utama yg gua nangis tgk cerita ni..

1. Memang tak dinafikan sedihnye...siapa tak terasa,tak tau la..plg2 pun mesti berlinang jugak.

2. Cerita ni ada kaitan dgn hidup kita.Ni kisah benar....berlaku dlm masyarakat kita.Gua tak nak korek jauh2..contoh ada depan mata..nyata..ni ada kaitan dgn hidup gua.Bukan keseluruhan tapi part pengorbanan seorang nenek demi melihat cucunya gembira...

Nenek gua (yg dlm gambar di atas) terlalu byk berkorban utk gua adik beradik.Pantang dgr kita org nakkan sesuatu..dia akan segera dan dgn susah payah usaha dapatkan.Kita org tak pnh mintak dpd dia.Kadang2 dia terdengar perbualan kita org adik beradik yang nakkan itu ini..dan kadang2 bergaduh sbb berebutkan mainan ke alat tulis ke..Nenek gua yg diam je melihat telatah kita org...tup2 esoknye dia ke bandar dgn bas dan balik dgn apa yg kita org gaduhkan.Daripada gua,my sis,sampai la adik gua bongsu...perkara yg sama gak...pantang nenek gua dgr adik2 gua mintak something from us..dia akan mendahului kita org yg kdg2 terlupa dan kdg2 mmg sengaja tak belikan..

Nekmak(gelaran nenek gua) sememangnya tiada tandingan...walaupun kadang2 ada perasan marah dan pernah benci dgn dia...GUA TEAP SAYANG DIA...Maafkan segala kesalahan dan dosa kamek...

Monday, November 07, 2005

The Best of Friends

Helo..kali ni gua nak cite psl raya dgn kengkawan plak.. ;p
Tahun ni gua n frens pecah tradisi.Kita org pegi beraya pada hari pertama!!Tak pernah2 nye kita org beraya hari pertama.Paling awal pun raya kedua.Tu pun malam.Tapi kali ni lain.Kali ni betul2 gua nak beraya hari pertama.Ni plan gua sebenarnya.Gua nak tahun ni special sikit.Gua nak beraya dgn 3 org sahabat baik gua.Just the FOUR of us.Kebiasaannya kita org beraya dgn a few other frens..but tahun ni like i said..i just want to share sehari raya dgn my good friends.Sebabnye?Ye la...mana la tau tahun depan dh tak dpt nak bersama mcm ni.Sementara sempat ni..baik buat terus.Lain mcm je bunyinye kan?Hehe..bukan apa,my fren yg paling kiri tu dah bertunang dan dijangka melangsungkan perkahwinan dlm tahun depan.So,sebelum dia bergelar isteri..or myself or sesapa di antara kita org berempat yg kawin ke atau apa ke dulu..baik gua ambik kesempatan ni dgn berenjoy habis-habisan..beraya sakan-sakanan..bijak....bijak...kan?hehe..
Untuk cerita bergambar selanjutnya,klik on my fotopages.. ;p

Sunday, November 06, 2005

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum semua..lama tak update.Cuti raya la katakan..Ni pun gua blogging kat umah..using my uncle's laptop yg dia tinggalkan.Gambar kat atas tu gambar gua n family.Nak tau gua yg mana satu?Cuba teka..hehe..gua yg a bit oversized tu... ;p
Ni gambar famili yg tak lengkap.Ada family members yg takde dlm gambar..beraya kat luar Sarawak.My mom sebenarnya berat sikit nak ambik gambar family ni coz my brother sorang tak balik beraya..keje kat singapore.Tapi ambik je la coz tak nak my other family members rasa frust plak.
Esok gua dah start keje balik..tapi stil dgn semangat raya..so...faham2 je la.hehe...