ADDICTED!!!Pak Lah: " Ha ni ler Afdlin Shauki tu ya.."Afdlin: " Saya Datuk"Pak Lah: "Awat boroi sangat?"Afdlin: " Ni.. character saya utk filem baik punya cilok datuk.."Pak Lah: " Tak nak ambik saya berlakun dalam filem awak?"Afdlin: " Datuk tak nak ambik saya dalam kabinet? Kalau datuk setuju, kita close deal.. Saya ganti Rais Yatim, Datuk leh berlakun filem saya"Pak Lah: " Tak nak. Saya teringin nak jadi watak along bukit beruntung"Afdlin: "Saya lak teringin Nak jadi samy vellu"Ahmad Nispu: "Woiii setan!!! apa kau bikin dialog sendiri ya.. aku director ahmad nispu!"Uncle Aziz: " Cheh walaupun rupamu tidak ku kenal.. tatapi lubang hidungmu tetap menjadi pooojaaan hatiku... ehh mana pegi si afdlin shauki ni daaa... brapa taun mau hantar bini daaa.. brapa ramai bini dia ada daaaa..." Best tak skrip ni?The script yang buat aku terdetik untuk menjenguk siapakah gerangan tuan punya blog dan apakah yg terpendam di blog tersebut..
WOW!!!the first word yg keluar dpd otak aku yg masa tu tgh sarat mengandung. Mata aku yang masa tu tgh diduduk oleh jin mula terasa ringan psl jin dh jatuh tergolek kat lantai baca skrip tu tadi.
Sejak saat itu, aku jadi pengunjung tetap blog bukan sepet.Tiap hari aku pegi.Sehari berkali2 sampai PC aku bosan..tapi aku tak.Aku ketagih ke?Ketagih dgn blog bukan sepet yg BEST GILER.Aku tak pegi blog Afdlin lagi (jgn marah bos). Rasanya blog bukan sepet lagi cantik,menarik,tertarik dan memang da bomb.Apa2 yg dia tulis semua aku suka dan komen.Banyak plak tu..mesti dia pun bosan.Tapi aku buat jugak psl aku tak bosan..hehe..Fikir punya fikir,baik aku tulis blog sendiri sbb kdg2 rasa menyemak je kotak komen bukan sepet dgn komen2 aku yg pjg lebar dan byk.Kalau ada blog sendiri,suka hati aku la nak tulis apa pun yg kat dlm kepala aku yg kdg2 mcm otak udang dan kdg2 mcm otak dolphin.Ada masa kosongkan otak dan ada masa sardinkan otak.Bila dh sampai tahap sardin,blh gak aku keluarkan kat blog aku sendiri tanpa membusukkan blog org lain dgn sardin aku.
Jadi,nak dipendekkan,maka terhasil la blog aku ni.
Kenapa high heel dan selipar jepun?YUP!!!tht's how i see and describe myself kat muka bumi ni.
High heel tu mewakili diri aku masa tgh serius dan selipar jepun tgh santai dan selamba sardin.
High heel tu jugak simbol aku yg kerja kat ofis dan selipar jepun aku tak kerja dan berniaga mlm2 kat warung.Jadi tukang masak.Takkan nak pakai high heel plak..
High heel:Aku dlm bidang kepejabatan (ade ke perkataan ni?)
Selipar jepun: Aku yg minat muzik..(ROCK)..the only thing yg buat aku rasa tenang (selepas Allah)...music makes me feel luas dan bebas..mcm selipar jepun gak.Luas je rasa kaki,jalan pun blh laju2.Nak berlari pun blh.Aku kuar ngn kwn2 makan2 pun pakai selipar jepun.Selamba je..
Just hoping this blog would last as long as i live,as long as i have access to the net,as long as my boss bayar akaun internet..haha and as long as HQ yg byr bil telefon ofis ni..muahahahaha...
Berjimat-jimat satu amalan yg sihat..