My Wedding Photographer!!!!
Gua blom jumpa teman lelaki istimewa,even calon untuk title tu pun takde..Calon suami jangan kata la..lagi la jauh..Tetapi,gua dah jumpa my WEDDING PHOTOGRAPHER!!!!Hahahaha..Advance la pulak...
Setelah meneliti hasil kerja dia ni,dan membandingkannya dengan hasil kerja seorang fotografer lain yg telah lama berkecimpung dlm bidang fotografi,gua nekad akan mengambil my own kawan sejak kecik ni untuk menjadi fotografer masa gua kawin nanti.Tak kira la upah berapa pun.Gua plan nak ambik gmbar untuk setiap detik sebelum dan semasa perkahwinan.Bermula dgn majlis berinai,berlulut (posing dgn pelbagai baju..hahahaha),berhias sblm akad nikah,semasa akad nikah,berhias sblm bersanding dan semasa persandingan hinggalah ke sesi fotografi bersama keluarga serta rakan2.Kah..kah..kah...bukan main lagi nak angan2...Calon suami pun tak jumpa lagi..Mesti si photographer sedang senyum dan memikirkan sesuatu utk diletakkan di ruang 'Komen'...betul tak?