Tuesday, April 18, 2006

PESTA KAUL




Entry kali ini agak berbeza..ala-ala karangan zaman sekolah gitu..hehe..Enjoy..

Pesta Kaul atau Pesta Pantai merupakan pesta pemujaan semangat laut oleh nelayan-nelayan dari suku kaum melanau di Mukah pada zaman dahulu kala bertujuan untuk meminta dimurahkan rezeki dan dijauhkan daripada bencana ketika berada di laut.Tetapi kini ia dijadikan acara tahunan sebagai tarikan pelancong memandangkan masyarakat Mukah mempunyai pegangan agama (Islam,Kristian dsb).Selain daripada acara pemujaan,pelbagai aktiviti-aktiviti lain turut diadakan seperti sukan rakyat,pameran gerai komuniti di Mukah serta jualan makanan tradisi masyarakat tempatan.Pelbagai organisasi terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan.Gambar kedua dan ketiga merupakan permainan tradisional masyarakat melanau yang dipanggil 'Tibau'.Tibau dibina di tepi pantai menggunakan kayu yang diikat dengan rotan yang dijadikan sebagai buaian.Permainan dimulakan dengan seorang peserta bergayut/berbuai dan seorang demi seorang peserta lain akan melompat ke atas buaian yang sedang berbuai.Setiap tahun,pesta ini diadakan pada bulan April selama 7 hari berturut-turut.Boleh la join tahun depan bagi yang berminat..
Sekian entry pasal pesta kaul.Sori if kurang memuaskan.Untuk pengetahuan,gua tak berapa bagus dlm karang-mengarang ni.Masa sekolah dulu selalu tak hantar kerja rumah karangan.hehe..
Ni plak pasal gua dan kwn2...
Gua plak habiskan masa 3 hari bermula Jumaat-Ahad di Mukah dengan 2 hari berniaga.Perjalanan dari my town ke Mukah mengambil masa 4 jam.Gua dan bakal adik ipar,kakak dia serta suami dan jiran gua tiba di Mukah pada pukul 12.30 tengah hari dan cari tapak berniaga di tepi pantai dengan bayaran RM30 sehari.Hari pertama agak memenatkan tapi seronok jugak.Hari kedua (Sabtu) lebih bersemangat kerana perniagaan bermula dari pagi ketika muka serta badan masih lagi fresh.Gerai gua and associates(he..he..) jual makanan ringan,karipap panas,burger serta minuman.Best sangat sbb selain dapat cari rezeki,kita org dpt kenalan2 baru..jiran masa berniaga..hehe..semuanya baik2 belaka.Gua dan kwn2 nekad akan sentiasa cari tapak...dan slogan kami "Di mana ada pesta di situ ada kita"...Semoga jualan sentiasa laris dan segalanya berjalan dengan lancar..Amin..

3 Comments:

Blogger NBK466 said...

Baguih ler tuh meniaga dgn jayanya dipesta2. Ada tak jual karipap ADIDAS yg nampaknya hebat lagi berzat itu?

11:44 PM  
Blogger highheelseliparjepun said...

Ada..itu la yg paling utama..hehe..

12:47 AM  
Blogger Mas M said...

harap-harap dapat jumpa kalian di tapak pesta bulan april nie nanti...he he

2:01 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home